|
Pengenalan
|
|
Bagi
mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberapa pendekatan belajar telah
diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa
pendekatan pembelajaran yang berkesan.
|
|
Terpulang
kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai
dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa
teknik belajar akan diutarakan.
|
|
Teknik Belajar 5R-STUV
|
- Recopy
[salin semula]
- Rework all
model 5 x
[buat semula contoh/cepat/5x]
- Recite out
loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
- Recheck
[semak semula]
- Reasonnablenes
[jawapan berpatutan/sebaliknya]
- s-sumarize
[ringkaskan nota penting]
- t-test
your self [uji diri anda]
- u-use
[gunakan]
- V-visualize
[bayangkan selalu]
|
Teknik
Belajar Secara Pembayangan
|
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak
kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti
perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan
penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti
bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan
penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita
menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita
selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau
adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah
peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan
perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi
digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba
kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap
saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan.
Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi
seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk
berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di
stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring
sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini,
tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga
yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan
tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda.
Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran
ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam.
Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan
bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini
dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda
yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.
|
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa
pelajar cemerlang.
|
- Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum
tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan
masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas
tilam.
- Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti
No.1)
- Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran
semalam.
- Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang
terlupa)
- Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
- Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat
cermin)
- Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
- Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan
formula)
- Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau
bayangkan)
- Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji
harian/cepat)
- Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir
, formula dan lain-lain lagi)
- Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji
harian/cepat)
- Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji
cepat)
- Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas
buku-buku)
- Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
- Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
- Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
- Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
- Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana
akhbar dan lain-lain)
- Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis
formula dan lain-lain)
MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN
CEMERLANG
MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
- Masa di telefon-pendekan perbualan
- Semasa membantu ayah dan ibu
(belajar cara bayangan)
- Masa menunggu doktor (ulangkaji kad
Nota)
- Masa berjalan dipersekitaran
sekolah (tanya/jawab diri anda)
- Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota
sebelum mesyuarat)
- Masa mendengar radio(kurangkan
masa)
- Masa menunggu kawan (ulangkaji kad
nota)
- Masa pelawat ke rumah (jika ramai,
belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar
ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.
|
Teknik Belajar PV3R
|
- Preview (tinjauan awal)
- Question (soal diri)
- Read & Underline (Baca,garis
dan tanda)
- Recite & write (lafaz dan tulis
nota)
- Review (tinjauan akhir)
- Sumarize (ringkaskan)
- Test your self (uji diri anda)
- Use (gunakan)
- Visualize (bayangkan)
|
7 Cara Cemerlangkan Otak
|
- Positive mental attitude &
positive physical action.
- Air-clean air for the brain.
- Mental Challenges for the brain.
- Food for the brain.
- Exercise for the brain.
- Sleep for the brain.
- Meditation & power brain./
|
Amalan peningkatan daya ingatan
|
- Faham.
- Jarakkan/pecahkan masa belajar.
- Lafazkan isi penting dengan cara
yang kuat.
- Percaya pada diri sendiri.
- Ulang berkali-kali.
- Guna kata kunci, kata isyarat. kata
rahsia & ungkapan lucu.
- Ulangkaji semasa berbaring sebelum
tidur & semasa bangun tidur.
- Bayangkan selalu (20 peringkat masa
cemerlang).
AMALKAN SEMOGA BERJAYA
13 November 2012 pada 9:03 PTG
Ok, blog cikgu menarik dan sesuai untuk pelajar