Bahasaku Kebanggaanku
twitter
rss


Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana akhirnya saya telah berjaya membina laman sesawang ini. Pada awalnya saya menghadapi kesukaran kerana saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai blogging tetapi berkat usaha, bantuan rakan-rakan dan sokongan keluarga, saya berjaya membinanya.

Tujuan saya membina laman sesawang ini adalah untuk memberi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai Bahasa Melayu Sekolah Rendah supaya dapat membantu para pembaca yang berminat untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenainya. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran untuk guru Bahasa Melayu juga ada dimuat naik bagi membantu guru-guru mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas. Diharapkan laman sesawang ini akan memanafaatkan para pembaca.
Sekian, terima kasih.